Sunday, October 3, 2010

SaN! TaU!

sebelom aku tidur, aku teringat tentang kawan2 aku yang di santau, dan beberapa orang kawan aku juga menceritakan mereka pernah di santau... Ya ALLAH... kenapa mereka masih hendak bersahabat dengan syaitan walaupun mereka tahu syaitan itu musuh manusia yang nyata?

ramai yang sudah tahu apa itu santau, tapi tahu ke bagaimana ia bertindak dan apakah tanda-tanda orang yang terkena santau? apa yang aku tahu santau ialah rangkaian dari tiga perkara iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus! mengikut sejarah santau bermula di indonesia, malaysia filipina dan negara-negara asia lain termasuk china,Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah sumatra, Indonesia santau ini
biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dlm
sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yg
mempunyai sesuatu bidang2 ilmu yg tinggi seperti ilmu agama etc. para
penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan /
kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi orang2 yg mempunyai ilmu2 kebal / yg
dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan& sukar utk ditandingi oleh orang2
biasa, lazimnya tubuh badan mereka / kekebalan mereka akan kalah dengan
santau. Wallahu alam....

santau ni ada empat jenis iaitu santau tuju, santau angin, santau langkah dan santau makan minum. hmmm ada ramuan-ramuan tertentu untuk buat santau antaranya miang rebung buluh, kaca, tanah kubur, dan benda2 lain yang berbisa. untuk buat santau ni ada pulak manteranya untuk memanggil jin atau setan bagi mengaktifkan barang santau tersebut.

TANDA TERKENA SANTAU: batuk yg berterusan & tak lepas even makan ubat

hospital pun tak baik2 & gejala batuk pada waktu2 tertentu seperti maghrib,
pagi, tengah malam, nak subuh, ada yg 24jam (mcm batuk anjing king3.,
muntah darah, rasa tercucuk2 dlm badan seperti ada jarum (di bahagian dada,
sendi2 badan, peha, & kaki), demam panas, sakit kepala, lenggoh / lemah sendi
&anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut & bila cuba
nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang
hari, gatal2 badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin. Syaitan, iblis),
pelupa, resdong, barah, kayap, lumpuh( yg menyerang buah pinggang), & ada
yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila.lemah tenaga batin, kudis
(biasanya ramuan santau nie didapati dari kepulauan Borneo), penyedih,
penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh
membuat keputusan dengan tepat & hilang keyakinan diri, suka bersendirian
(tidak suka bergaul dgn org ramai), sakit perut & sakit belakang

Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiruan2 (biru kundang) di kuku
tangan & kaki, bibir, kelopak mata & ada yg tahap kritikal menjadikan paru2 &
jantung bermasalah dan berlubang.

Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau
sudah berdada dlm badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat
santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru
masuk maybe tak kurang dari 1/ 2 minggu, kalau sudah sampai ke pinggang
berkemungkinan sudah masuk dlm sebulan / bbrp bulan ,kerana bila bahan
santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dpt dilihat bahan tersebut masih
baru & bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sampai ke tahun etc( kalau yg
dah lama bertapak once bila keluar maybe santau tu sudah menjadi hitam/
lama)….Wallahu alam..

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika
pesakit itu terkena santau biasanya filem X-ray tu part paru2 akan
menjadi gelap & doctor tak dpt mengesan puncanya.

Santau ini bila dah masuk ke dlm tubuh mangsa melalui mulut, seperti yg
diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah
seperti bagaimana masuknya gangguan jin/ syaitan termasuk sihir & menyerap
ke seluruh badan & terus ke otak. & ada kesan santau nie menjadikan anggota
badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap,
mulut menjadi herot, & tangan menjadi merengkot.


hmmm... bahanya santau ni kepada manusia... kebanyakan mereka yang buat santau ni sebab dengki kat orang, sakit hati kat orang... apa yang aku terkejut sampaikan budak umur belasan tahun juga belajar santau untuk memikat pompuan, kebanyakan budak remaja ni guna santau tuju! main jentik je kat budak pompuan terus budak pompuan tu nak ikut balik umah! uh! sungguh durjana mereka itu!

sejak kebelakangan ni banyak aku terdengar kes santau! malah dekat tempat aku sendiri pun mula merebak santau ni dek kerana sakit hati punya pasal! habis dah terer santau sangat apa pasal tak santau je bush ke, tentera2 nazi ke... owh diorang sahabat syaitan gak nak ke syaitan sakiti sahabat dia kan?

aku berharap mereka yang mengamalkan santau ni dapat hidayah dari ALLAH dan kembali ke pangkal jalan. ops sebelom aku terlupa aku ada beberapa petua untuk mengesan santau. ok jika anda oder minuman sejuk, pegang pada bontot cawan dan rasa dengan tapak tangan, kalu rasa panas baik korang blah, kalu oder minuman panas lak, buat benda yang sama, kalu rasa sejuk, baik korang blah gak, satu lagi kalau tiba2 depan rumah anda ada serbuk kaca, panggil la ustaz untuk bersihkan, ingat jangan langkah! wallahualam bissawab...

Tuesday, August 3, 2010

HANTU TAK PERNAH WUJUD!!!

ramai yang tidak percaya dan juga yang percaya tentang hantu, tapi hakikatnya hantu tidak pernah wujud. kenapa aku kata begini? sedangkan aku percaya bahawa jin dan syaitan serta malaikat itu wujud. mesti ada yang tidak setuju dengan kenyataan aku ini kan bahawa hantu itu tidak pernah wujud!

HANTU
selalu kita dengar ada orang terjumpa hantu, selalu kita dengar orang cerita dengar hantu menangis, menjerit, ketawa dan sebagainya. lebih-lebih lagi dialam Melayu sekarang ini. aku akui aku penah nampak makhluk tu dan masa tu aku gelar dia hantu juga. tapi disini apa yang aku nak bagitau ialah hantu yang kita selalu nampak dan dengar itu adalah syaitan yang menyerupai sesuatu. Perkataan Hantu hanyalah sebutan atau nama yang diberikan oleh orang melayu. Hakikatnya syaitan yang menyerupai sesuatu makhluk dan ingin menyesatkan manusia. Menurut buku penulisan ustaz Harun Din Syaitan adalah daripada golongan jin yang jahat yang sentiasa akan menyesatkan manusia yang dikenali sebagai anak adam dengan pelbagai cara. Jin dan syaitan adalah dari golongan yang sama dimana mereka diciptakan daripada api. mereka dapat berubah kepada pelbagai bentuk. hal ini kerana sifat api itu sendiri fleksibel.

HANTU RAYA
Dalam masyarakat Melayu kuno Hantu Raya adalah hantu yang besar yang sering dijadikan hamba oleh manusia. Gambaran hantu Raya ini ialah ia bertubuh besar dan tinggi serta badan berbulu. tapi itu sebenarnya bukan hantu. Ia sebenarnya dari golongan jin. ianya boleh disuruh-suruh untuk membuat sesuatu kerja untuk tuannya seperti menjaga kebun, menjaga harta dan menjaga anak bini bila seseorang itu pergi merantau. tetapi ibarat kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi". kalau pemilik hantu raya tidak menjaga makan minum hantunya habislah anak bini atau dia sendiri jadi mangsa. bayangkan pernah ada satu kes dimana hantu raya menyerupai tuannya dan bersetubuh dengan isteri tuannya untuk menghisap darah. akhirnya isterinya mati. selepas isterinya mati hantu tersebut (hantu? orang melayu ja panggil nama tu) akan menyerupai tuannya kemudian nak merogol anaknya pula. bila menyedari hal tersebut baru tuannya ambil tindakan dengan membuang hantu raya tersebut. dengan cara menyuruh hantu raya tu menjaga kebunya yang ditanam biji kacang yang telah digoreng dan juga pokok kemaman yang dijadikan jeruk. sampai bila nak tumbuh. so hantu tu yang bodoh tu pon jaga la sampai tak umbuh-tumbuh pokok tu.

HAKIKAT SEBENAR HANTU
baiklah, disini biar aku jelaskan kepada semua pembaca! Hantu sebenarnya adalah jelmaan jin dan syaitan yang cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyat ayat 56-57 yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah (menyembah) kepadaKu. Aku tidak meminta daripada mereka rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan kepadaKu"

dari firman Allah ini jelaslah diterangkan bahawa wujudnya makhluk lain selain manusia iaitu jin.Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.bukankah ini satu dalil yang jelas menunjukkan bahawa makhluk yang kita tidak nampak itu iaitu syaitan memang wujud. Begitu juga kewujudan makhluk lain yang turut dinyatakan dalam Al-Quran seperti iblis, jin dan ifrit.

hakikatnya jin dan syaitan ini memang benar wujud cuma mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini kerana mereka adalah makhluk ghaib. Allah pernah bertanya kepada Syaitan dan Jin, "apakah permintaanmu" jin dan syaitan meminta, "aku mahu aku boleh melihat tetapi tidak boleh dilihat, aku mahu kekal abadi".Maka Allah S.W.T. telah perkenankan permintaan mereka itu.

sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai:
"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh beubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.

baiklah dalam menulis panjang dari mencari rujukan tidak satu ayat pon menyebut tentang kewujudan hantu. hanyalah berkaitan manusia, jin, syaitan dan malaikat.
kita manusia ditengah untuk bersubahat, bersahabat dan mempercayai jin dan syaitan. hal ini kerana kata-kata mereka penuh dusta kerana janji mereka kepada Allah adalah untuk menyesatkan anak cucu nabi adam.

WAALLAHUALAM BISSAWAB...

Sunday, August 1, 2010

JIN DAN MALAIKAT DARI SUDUT SAINS, DITINJAU DARI SUDUT ONTOLOGI EPISTIMOLOGI DAN AKSIOLOGI

Sesetengah manusia tidak mempercayai kewujudan makhluk lain selain manusia seperti jin, malaikat dan syaitan. tetapi hakikatnya mereka sendiri kadang-takut pada hantu dan dan macam-macam lagi. sebenarnya jin adalah makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia begitu juga malaikat dan syaitan. Jin secara harfiah bermaksud sesuatu yang berkonotasi tersembunyi atau tidak dapat dilihat. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak dapat dilihat dan diciptakan daripada api.

Sementara kata malaikat merupakan bentuk jamak dari kata Arab malak yang bermaksud kekuatan. Jadi, malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah. Malaikat diciptakan oleh Allah daripada cahaya (nur). Oleh kerana kedua makhluk tersebut tidak dapat dilihat maka jin dan malaikat termasuk makhluk-makhluk gaib, dimana keduanya termasuk subjek-subjek pseudo ilmiah (pseudo sains).
Kewujudan kedua makhluk tersebut telah dikaji secara ilmiah (pseudo ilmiah / pseudo sains) antara lain oleh Chris(1989) dengan tulisannya yang berjudul The Jinn from a Scientific (?) Viewpoint, yang dimuat dalam Flying Sau-cer Review Vol 34 No. 4 Desember 1989.

pada kajian tersebut penulis melihat dari aspek filsafat (ontologi, epistemologi, dan aksiologi) secara Islam (pseudo sains Islam?) dengan berpandukan pada Al-Qur’an dan As-Sunnah (Hadits).
Namun, ini bukan bermakna ingin menyamakan atau mencari ayat-ayat mana yang sesuai dengan fakta ilmiah. Al-Qur’an bukan ensiklopedia, bukan buku teks, dan bukan serangkaian hipotesis yang harus diuji kebemarannya, melainkan pedoman atau petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Dogmatik memang tidak dapat dicampur adukkan dengan saintifik, sebab sains tidak tetap dan boleh berubah. Sehingga ketika terjadi ketidaksamaan antara sains dan agama, kita masih dapat mengikuti perkembangan sambil tetap berpegang teguh pada ajaran agama.

Berikut adalah petikan dari buku yang berjudul The Jinn from a Scien-tific (?) Viewpoint(1989). Jin adalah makhluk yang tinggal dialam yang sama dengan manusia, oleh kerana mereka berada pada dimensi yang berbeza, maka mereka tidak dapat dilihat atau dikesan oleh manusia. walaupun mereka tidak dapat dilihat, namun ketika munculnya UFO dan beberapa kejadian lain yang melibatkan jin, sering berlaku perubahan tenaga yang dapat diukur dan tenaga tersebut adalah spektrum elektro-magnetik.

Jin dideskripsikan sebagai "tubuh dari nyala api utama", atau "nyala api yang tak berasap" atau “api tak berasap”, yang disebut sebagai infra merah (spectrum elektro-magnetik) Sementara malaikat dideskripsikan sebagai tubuh dari cahaya (nur), yang dinyatakan sebagai tenaga tak terlihat iaitu spektrum ultraviolet.
UFO mulai muncul dalam jumlah besar sekitar tahun 1947, ketika manusia mulai menggunakan radar. Atau dengan kata lain UFO mulai muncul sejak manusia mulai mengisi bumi dengan radiasi gelombang mikro. Jika tubuh jin berasal dari infra merah, maka dapat dipastikan mereka akan terganggu. Sebab radiasi gelombang mikro (microwave) terletak tepat di bawah infra merah, di atas gelombang radio.
Jin muncul oleh salah satu dari tiga faktor: (i) mereka dapat mengawal hal-hal yang dianggap sebagai kenyataan sehari-hari; (ii) mereka dapat mengawal terhadap aspek tertentu dari jiwa manusia, dan dapat membuat pengalaman yang subjektif (iii) mereka dapat membuat ilusi.
Penyebab tingkah laku cerdas jin, hal ini kerana mereka memiliki minimal dua fungsi, iaitu (i) tubuh dari tenaga elektro-magnetik; dan (ii) jiwa yang halus dari beberapa tenaga, yang disebut "etheric" atau “langit” , atau mungkin dengan “bintang", (dalam Western Occult Tradition).
Beberapa contoh di bidabg penelitian psikikal
Dalam tipikal khas pengalaman hantu, perubahan suhu sering berlaku, sekitar atau sebelum, penampilan sesuatu yang berbau hantu. Panas (suhu) berhubungan langsung dengan jumlah infra-merah.
Matthew Manning ahli psikis Inggris, menjelaskan dalam bukunya "The Link", ketika ia sedang tidur di asrama sekolah, kegiatan "poltergeist / arwah yang ramai" akan muncul. Kemudian pada satu ketika lingkaran merah besar muncul di dinding, dan menjadi sangat panas. Ini adalah salah satu cara untuk menarik perhatian, yang digunakan oleh arwah seorang gadis yang telah meninggal dunia lima puluh tahun yang lalu, dalam keadaan tragis. Kesimpulan yang jelas adalah bahawa lingkaran merah yang menjadi panas adalah konsentrasi infra-merah.


ONTOLOGI JIN DAN MALAIKAT


Tubuh jin tersusun dari spektrum elektro-magnetik infra-merah, sedangkan tubuh malaikat tersusun dari spektrum elektro-magnetik ultra violet. Kedua spektrum tersebut tidak dapat dilihat dan tidak dapat disentuh. Jadi, jin dan malaikat digolonkan pada makhluk gaib. kedua-dua sifat tersebut belum dapat dibuktikan lagi kebenarannya secara sains sehinggalah disebut pseudo sains. Oleh hal itu anggapan atau pendapat bahawa tubuh jin berasal daripada infra-merah dan tubuh malaikat dari ultra violet tidak harus diyakini (diimani), tetapi cukup diketahui.
Menurut ajaran Islam, jin dan malaikat benar kewujudannya. Ini adalah sebuah dogma yang harus diyakini kebenarannya, tanpa harus dibuktikan secara ilmiah. Percaya terhadap yang gaib merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa, seperti Firman Allah pada QS Al Baqarah: 2—3 “Kitab Al-Qur’an ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka”. Sementara meyakini adanya malaikat merupakan salah satu dari enam rukun iman dalam ajaran Islam.


EPISTEMOLOGI JIN DAN MALAIKAT


Pengetahuan tentang jin dan malaikat dapat diperoleh melalui pendekatan saintifik, dan dogmatik.

A. Pendekatan Saintifik (Pseudo Sains)

Dalam sains (pseudo sains) sekurang-kurangnya ada enam pendekatan dalam memperoleh pengetahuan, termasuk pengetahuan tentang jin dan malaikat. Pendekatan tersebut adalah: tenacity, intuisi, otoriti, rasionalisme, empirisme, dan method ilmiah.
Di antara keenam-enam pendekatan tersebut, method ilmiah dianggap paling baik dalam memperoleh pengetahuan. Pengetahuan tentang jin dan malaikat seperti yang dimuat dalam artikel Line (1989) tertera di atas, tentunya diperoleh melalui pendekatan method ilmiah, misalnya melalui observasi, simulasi komputer dan mungkin melalui eksperimen.
Pendekatan lain yang ada kaitannya adalah tenacity, dan intuisi. Tenacity adalah pendekatan untuk memperoleh pengetahuan dengan percaya kepada tahyul, iaitu sesuatu yang ada dalam khayalan, atau kepercayaan terhadap sesuatu yang dianggap wujud, tetapi hakikatnya tidak wujud. Pengetahuan atau kepercayaan seperti, jika ada kucing hitam atau ular yang melintas jalan yang sedang dilalui seseorang merupakan petanda sial, itu adalah anggapan dari sudut tenacity.
Intuisi merupakan pendekatan untuk memperoleh pengetahuan dengan tanpa memikir, atau mempelajari atau pengetahuan yang tidak didasarkan pada penalaran, atau penarikan kesimpulan.
Orang yang mengetahui tentang perkara yang gaib dan mengaku mengetahui tentang perkara yang akan terjadi, dapat berbicara dengan makhluk halus, kebanyakannya adalah paranormal, para dukun, dan peramal, memperoleh pengetahuan dengan tanpa menggunakan nalar tidak berdasarkan kesimpulan, tetapi dengan cara-cara tertentu. Paranormal, para dukun, dan peramal biasanya akan ”bertapa”, atau bersemadi, ”menurun”dan sebagainya.

B. Pendekatan Dogmatik

Jin (al-jinnu) berasal dari kata janna syai`un yajunnuhu yang bermaksud sararahu (menutupi sesuatu). Maka segala sesuatu yang tertutup bermaksud tersembunyi. Maka
jin itu disebut dengan “jin” hal ini kerana keadaannya yang tersembunyi (gaib).
Jin diciptakan oleh Allah dari api. Allah berfirman dalam Al-Qur’an: (i) Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas (QS Al-Hijr: 27); (ii) Dan Kami telah menciptakan jin dari nyala api (QS Ar-Rahman:15).
Bagaimana wujud api itu, Al-Qur’an tidak menjelaskan secara terperinci, dan Allah juga tidak mewajibkan kepada kita untuk menelitinya secara lebih terperinci.
Malaikat diciptakan dari cahaya (nur). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan kepada kalian (HR. Muslim dari ’Ais-yah radhiallahu 'anha).
Malaikat digambarkan memiliki sayap. Allah berfirman: Segala puji bagi Allah, pencipta langit dan bumi yang menjadikan para malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga, dan empat (pasang); Allah menambahkan dalam ciptaan-Nya segala yang Ia kehendaki; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segalanya (QS Fāthir:1).

Bagaimana sikap kita terhadap yang gaib?
Kita wajib percaya terhadap yang ghaib. Tetapi, kita tidak boleh percaya kepada mereka yang mengamalkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pasti seperti (paranormal, para dukun, dan peramal) yang mengaku tahu tentang perkara yang ghaib.
Ada beberapa riwayat dalam Hadits, sebagai berikut.
Diriwayatkan dari ’Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Beberapa orang bertanya kepada Rasulullah SAW. Tentang juru ramal, maka Rasulullah SAW bersabda “para juru ramal (kahin, jamak kuhhan) itu tidak ada apa-apa padanya malah mereka sebenarnya tidak mengerti apa-apa”. Orang-orang bertanya: “Ya Rasulullah, mereka itu kadang-kadang memberitahukan sesuatu kemudian terbukti benar?” Rasulullah SAW bersabda: Itu adalah ucapan yang benar (dari langit) yang diperoleh jin, lalu ia bisikkan ke telinga manusia bagai kokok ayam, kemudian mereka campurkan dengan lebih dari seratus kedustaan (HR Bukhari, Muslim).
Diriwayatkan dari Shafiyyah (putri Abu ‘Ubaid) dari salah seorang isteri Nabi SAW, beliau bersabda: “Barang siapa mendatangi juru ramal kemudian bertanya tentang sesuatu (yang akan terjadi), maka solatnya tidak diterima sekama 40 malam (HR Muslim).
Barang siapa mendatangi dukun dan ia mempercayainya apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah kafir (ingkar) dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW (HR Abu Daud).
Hadits di atas berhubungan dengan Firman Allah sebagai berikut.
Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan di-bangkitkan (QS An Naml: 65).
(Dia adalah Tuhan) Yang mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang gaib itu; Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya (QS Al Jin: 26—27).

AKSIOLOGI JIN DAN MALAIKAT

Pseudo sains tentang jin dan malaikat bermanfaat untuk menambah pengetahuan. Sementara mengetahui lebih banyak tentang jin dan malaikat (hal-hal yang gaib) terutama sekali melalui ajaran Islam, akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan seseorang.
Dengan memahami sifat-sifat jin, kita dapat menghindar dari bisikan jin durhaka (setan) dengan meningkatkan ibadah, dan memohon perlindungan kepada Allah. Sementara memahami sifat-sifat malaikat kita dapat meneladani kepatuhannya kepada Allah, mengetahui tempat-tempat yang tidak disukai malaikat, dan meningkatkan keimanan.


KESIMPULAN

Dari kajian pseudo sains jin dan malaikat di atas dapatlah kita mengetahui bahawa Jin dan malaikat itu benar-benar wujud dan mereka tidak dapat dilihat, kewujudan mereka tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. Pseudo sains tentang jin dan malaikat cukuplah untuk diketahui, tidak harus diyakini. Mengenal sifat-sifat jin dapat menghindarkan diri hal-hal yang menyesatkan, sedangkan mengenal sifat-sifat malaikat dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan.

(ulasan ini dipetik dari kajian Harsoyo Purnomo)

Thursday, July 29, 2010

OTAK KATON LA...


orang selalu cakap... eeeee macam budak-budak! dah tua-tua tengok kartun lagi... tak malu... dah berbulu lebat wei pegi bertobat laaa....

inilah ayat orang malas berfikir dengan apa yang mereka lihat, diorang tak tahu ke apa keistimewaan kartun ni sebenarnya? aku dah 24 tahun pon dok tengok kartun lagi la. ninja boy, fukuchan, kamen rider decade, dragon ball, tapi kebanyakan aku suka tengok kartun dari jepon. ramai yang tidak bahawa banyak mesej dan pengajaran yang akan kita dapat dari menonton kartun,

kartun paling kerap aku tengok ialah fukuchan, hmmm ni la kartun yang paling sesuai ditonton oleh ibu bapa dan bakal ibu bapa. nak tahu kenapa? sebab kartun ni banyak mengajar penonton cara mendidik anak-anak dari kecil. dalam kartun fukuchan sering ditunjukkan fukuchan dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan lepas tu tiba-tiba mereka hilang, kemudian ibu bapa masing-masing risau dan mencari mereka. anda akan perasan dari situ bagaimana orang jepun mendidik anak-anak mereka.

dalam kartun fukuchan juga ditunjukkan cara penyelesaian sesuatu situasi, contohnya aku masih ingat ada satu episod fukuchan tu dimana fukuchan dan kawan-kawan dia tak suka makan sayur lobak. jadi atuk fukuchan mencari jalan dengan membawa mereka pergi melawat kawasan perkampungan sedara atuknya. disitu fukuchan dan kawan-kawannya dapat merasa hidup seperti petani, pergi bercucuk tanam dan mengutip hasil sayuran. kemudian pada waktu makan malam fukuchan dan kawan-kawannya dihidang dengan makanan sayur lobak. mula mereka susah jugak nak makan sebab memang tak sukakan sayur. tapi mereka cuba jugak. tengoklah akhirnya fukuchan dan kawan-kawannya suka makan sayur. dari situ mereka telah menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu situasi.

Monday, July 26, 2010

BARANG DARI MAKHLUK GHAIB


assalamualaikum...

apabila disebut pasal makhluk ghaib je mesti ada yang akan terbayangkan hantu, jin dan syaitan. apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang batu atau geliga embun yang aku dapat. batu geliga embun ni kecik je lebih kurang besar manik baju je. cuba tengok gambar dibawah ni



nak tau ceritanya camne aku boleh dapat batu ni? ok ceritanya bermula disini....
pada 2 jun 2010 iaitu hari jumaat, masa tu aku aku sedang buat rancangan orientasi sekolah (ROS) disekolah menengah kebangsaan jelapang jaya. pada hari tersebut sekolah tu ada buat hari anugerah cemerlang. sepatutnya majlis tu bermula awal 8.30 pagi tetapi hujan pulak dan terpaksa tunggu orang-orang besar datang.

oklah bila hujan dah berhenti, acara menyambut tetamu dah buat maka majlis hari anugerah cemerlang pon bermula. sampailah masa untuk show budak-budak main muzik gamelan kontemporari dengan lagu lancang kuning, dikir puteri dan medley lagu apa ntah lagi aku tak ingat. itu adalah show akhir penutup untuk majlis tu... lepas tu aku pon sibukkan diri la tolong kemaskan barang-barang sebab nak kena angkut barang-barang muzik pegi dewan terbuka untuk menjamu tetamu dan orang besar. semasa tengah aku cabut plug amp gitar tu sekali aku terdengar macam ada benda jatuh kat sebelah aku, aku tengok ada benda bergolek datang kat aku dan berhenti tepat-tepat kat wayar amp gitar yang aku tengah cabut tu... aku tengok eh macam batu mutiara pon ada so aku ambik terus je masukkan dalam poket baju kot aku. lepas siap semua majlis aku pon balik rumah dan belek-belek batu ni, aku tengok cantik je batu ni, bila aku lap bagi berkilat dia pudar balik. aku rasa ni batu geliga sebab sebelum ni aku penah tengok batu geliga ular dan macam-macam lagi batu geliga. aku bawak balik kampong tanya orang tua kat kampung aku. diorang bagitau aku ni adalah batu geliga embun.

aku pon cari kat tenet pasal batu ni, rupanya bentuknya sama. diorang cakap kalu masukkan dalam air dia akan jadi transparent dan sama jernih macam air, aku test buat, wah betul la... malam tu aku simpan batu ni dalam gelas yang berisi air hujan. esoknya aku bangun dan terus pegang gelas tu rasa sejuk dan berwap gak sikit-sikit.cuba korang tengok web ni http://karimon.wordpress.com/tag/batugeliga-embun/ aku tak tahu apa la kelebihan batu ni... aku simpan je sampai sekarang untuk dijadikan kenangan....