Tuesday, August 3, 2010

HANTU TAK PERNAH WUJUD!!!

ramai yang tidak percaya dan juga yang percaya tentang hantu, tapi hakikatnya hantu tidak pernah wujud. kenapa aku kata begini? sedangkan aku percaya bahawa jin dan syaitan serta malaikat itu wujud. mesti ada yang tidak setuju dengan kenyataan aku ini kan bahawa hantu itu tidak pernah wujud!

HANTU
selalu kita dengar ada orang terjumpa hantu, selalu kita dengar orang cerita dengar hantu menangis, menjerit, ketawa dan sebagainya. lebih-lebih lagi dialam Melayu sekarang ini. aku akui aku penah nampak makhluk tu dan masa tu aku gelar dia hantu juga. tapi disini apa yang aku nak bagitau ialah hantu yang kita selalu nampak dan dengar itu adalah syaitan yang menyerupai sesuatu. Perkataan Hantu hanyalah sebutan atau nama yang diberikan oleh orang melayu. Hakikatnya syaitan yang menyerupai sesuatu makhluk dan ingin menyesatkan manusia. Menurut buku penulisan ustaz Harun Din Syaitan adalah daripada golongan jin yang jahat yang sentiasa akan menyesatkan manusia yang dikenali sebagai anak adam dengan pelbagai cara. Jin dan syaitan adalah dari golongan yang sama dimana mereka diciptakan daripada api. mereka dapat berubah kepada pelbagai bentuk. hal ini kerana sifat api itu sendiri fleksibel.

HANTU RAYA
Dalam masyarakat Melayu kuno Hantu Raya adalah hantu yang besar yang sering dijadikan hamba oleh manusia. Gambaran hantu Raya ini ialah ia bertubuh besar dan tinggi serta badan berbulu. tapi itu sebenarnya bukan hantu. Ia sebenarnya dari golongan jin. ianya boleh disuruh-suruh untuk membuat sesuatu kerja untuk tuannya seperti menjaga kebun, menjaga harta dan menjaga anak bini bila seseorang itu pergi merantau. tetapi ibarat kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi". kalau pemilik hantu raya tidak menjaga makan minum hantunya habislah anak bini atau dia sendiri jadi mangsa. bayangkan pernah ada satu kes dimana hantu raya menyerupai tuannya dan bersetubuh dengan isteri tuannya untuk menghisap darah. akhirnya isterinya mati. selepas isterinya mati hantu tersebut (hantu? orang melayu ja panggil nama tu) akan menyerupai tuannya kemudian nak merogol anaknya pula. bila menyedari hal tersebut baru tuannya ambil tindakan dengan membuang hantu raya tersebut. dengan cara menyuruh hantu raya tu menjaga kebunya yang ditanam biji kacang yang telah digoreng dan juga pokok kemaman yang dijadikan jeruk. sampai bila nak tumbuh. so hantu tu yang bodoh tu pon jaga la sampai tak umbuh-tumbuh pokok tu.

HAKIKAT SEBENAR HANTU
baiklah, disini biar aku jelaskan kepada semua pembaca! Hantu sebenarnya adalah jelmaan jin dan syaitan yang cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyat ayat 56-57 yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah (menyembah) kepadaKu. Aku tidak meminta daripada mereka rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan kepadaKu"

dari firman Allah ini jelaslah diterangkan bahawa wujudnya makhluk lain selain manusia iaitu jin.Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.bukankah ini satu dalil yang jelas menunjukkan bahawa makhluk yang kita tidak nampak itu iaitu syaitan memang wujud. Begitu juga kewujudan makhluk lain yang turut dinyatakan dalam Al-Quran seperti iblis, jin dan ifrit.

hakikatnya jin dan syaitan ini memang benar wujud cuma mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini kerana mereka adalah makhluk ghaib. Allah pernah bertanya kepada Syaitan dan Jin, "apakah permintaanmu" jin dan syaitan meminta, "aku mahu aku boleh melihat tetapi tidak boleh dilihat, aku mahu kekal abadi".Maka Allah S.W.T. telah perkenankan permintaan mereka itu.

sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai:
"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh beubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.

baiklah dalam menulis panjang dari mencari rujukan tidak satu ayat pon menyebut tentang kewujudan hantu. hanyalah berkaitan manusia, jin, syaitan dan malaikat.
kita manusia ditengah untuk bersubahat, bersahabat dan mempercayai jin dan syaitan. hal ini kerana kata-kata mereka penuh dusta kerana janji mereka kepada Allah adalah untuk menyesatkan anak cucu nabi adam.

WAALLAHUALAM BISSAWAB...

1 comment: