Thursday, July 29, 2010

OTAK KATON LA...


orang selalu cakap... eeeee macam budak-budak! dah tua-tua tengok kartun lagi... tak malu... dah berbulu lebat wei pegi bertobat laaa....

inilah ayat orang malas berfikir dengan apa yang mereka lihat, diorang tak tahu ke apa keistimewaan kartun ni sebenarnya? aku dah 24 tahun pon dok tengok kartun lagi la. ninja boy, fukuchan, kamen rider decade, dragon ball, tapi kebanyakan aku suka tengok kartun dari jepon. ramai yang tidak bahawa banyak mesej dan pengajaran yang akan kita dapat dari menonton kartun,

kartun paling kerap aku tengok ialah fukuchan, hmmm ni la kartun yang paling sesuai ditonton oleh ibu bapa dan bakal ibu bapa. nak tahu kenapa? sebab kartun ni banyak mengajar penonton cara mendidik anak-anak dari kecil. dalam kartun fukuchan sering ditunjukkan fukuchan dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan lepas tu tiba-tiba mereka hilang, kemudian ibu bapa masing-masing risau dan mencari mereka. anda akan perasan dari situ bagaimana orang jepun mendidik anak-anak mereka.

dalam kartun fukuchan juga ditunjukkan cara penyelesaian sesuatu situasi, contohnya aku masih ingat ada satu episod fukuchan tu dimana fukuchan dan kawan-kawan dia tak suka makan sayur lobak. jadi atuk fukuchan mencari jalan dengan membawa mereka pergi melawat kawasan perkampungan sedara atuknya. disitu fukuchan dan kawan-kawannya dapat merasa hidup seperti petani, pergi bercucuk tanam dan mengutip hasil sayuran. kemudian pada waktu makan malam fukuchan dan kawan-kawannya dihidang dengan makanan sayur lobak. mula mereka susah jugak nak makan sebab memang tak sukakan sayur. tapi mereka cuba jugak. tengoklah akhirnya fukuchan dan kawan-kawannya suka makan sayur. dari situ mereka telah menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu situasi.

Monday, July 26, 2010

BARANG DARI MAKHLUK GHAIB


assalamualaikum...

apabila disebut pasal makhluk ghaib je mesti ada yang akan terbayangkan hantu, jin dan syaitan. apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang batu atau geliga embun yang aku dapat. batu geliga embun ni kecik je lebih kurang besar manik baju je. cuba tengok gambar dibawah ni



nak tau ceritanya camne aku boleh dapat batu ni? ok ceritanya bermula disini....
pada 2 jun 2010 iaitu hari jumaat, masa tu aku aku sedang buat rancangan orientasi sekolah (ROS) disekolah menengah kebangsaan jelapang jaya. pada hari tersebut sekolah tu ada buat hari anugerah cemerlang. sepatutnya majlis tu bermula awal 8.30 pagi tetapi hujan pulak dan terpaksa tunggu orang-orang besar datang.

oklah bila hujan dah berhenti, acara menyambut tetamu dah buat maka majlis hari anugerah cemerlang pon bermula. sampailah masa untuk show budak-budak main muzik gamelan kontemporari dengan lagu lancang kuning, dikir puteri dan medley lagu apa ntah lagi aku tak ingat. itu adalah show akhir penutup untuk majlis tu... lepas tu aku pon sibukkan diri la tolong kemaskan barang-barang sebab nak kena angkut barang-barang muzik pegi dewan terbuka untuk menjamu tetamu dan orang besar. semasa tengah aku cabut plug amp gitar tu sekali aku terdengar macam ada benda jatuh kat sebelah aku, aku tengok ada benda bergolek datang kat aku dan berhenti tepat-tepat kat wayar amp gitar yang aku tengah cabut tu... aku tengok eh macam batu mutiara pon ada so aku ambik terus je masukkan dalam poket baju kot aku. lepas siap semua majlis aku pon balik rumah dan belek-belek batu ni, aku tengok cantik je batu ni, bila aku lap bagi berkilat dia pudar balik. aku rasa ni batu geliga sebab sebelum ni aku penah tengok batu geliga ular dan macam-macam lagi batu geliga. aku bawak balik kampong tanya orang tua kat kampung aku. diorang bagitau aku ni adalah batu geliga embun.

aku pon cari kat tenet pasal batu ni, rupanya bentuknya sama. diorang cakap kalu masukkan dalam air dia akan jadi transparent dan sama jernih macam air, aku test buat, wah betul la... malam tu aku simpan batu ni dalam gelas yang berisi air hujan. esoknya aku bangun dan terus pegang gelas tu rasa sejuk dan berwap gak sikit-sikit.cuba korang tengok web ni http://karimon.wordpress.com/tag/batugeliga-embun/ aku tak tahu apa la kelebihan batu ni... aku simpan je sampai sekarang untuk dijadikan kenangan....