Thursday, July 29, 2010

OTAK KATON LA...


orang selalu cakap... eeeee macam budak-budak! dah tua-tua tengok kartun lagi... tak malu... dah berbulu lebat wei pegi bertobat laaa....

inilah ayat orang malas berfikir dengan apa yang mereka lihat, diorang tak tahu ke apa keistimewaan kartun ni sebenarnya? aku dah 24 tahun pon dok tengok kartun lagi la. ninja boy, fukuchan, kamen rider decade, dragon ball, tapi kebanyakan aku suka tengok kartun dari jepon. ramai yang tidak bahawa banyak mesej dan pengajaran yang akan kita dapat dari menonton kartun,

kartun paling kerap aku tengok ialah fukuchan, hmmm ni la kartun yang paling sesuai ditonton oleh ibu bapa dan bakal ibu bapa. nak tahu kenapa? sebab kartun ni banyak mengajar penonton cara mendidik anak-anak dari kecil. dalam kartun fukuchan sering ditunjukkan fukuchan dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan lepas tu tiba-tiba mereka hilang, kemudian ibu bapa masing-masing risau dan mencari mereka. anda akan perasan dari situ bagaimana orang jepun mendidik anak-anak mereka.

dalam kartun fukuchan juga ditunjukkan cara penyelesaian sesuatu situasi, contohnya aku masih ingat ada satu episod fukuchan tu dimana fukuchan dan kawan-kawan dia tak suka makan sayur lobak. jadi atuk fukuchan mencari jalan dengan membawa mereka pergi melawat kawasan perkampungan sedara atuknya. disitu fukuchan dan kawan-kawannya dapat merasa hidup seperti petani, pergi bercucuk tanam dan mengutip hasil sayuran. kemudian pada waktu makan malam fukuchan dan kawan-kawannya dihidang dengan makanan sayur lobak. mula mereka susah jugak nak makan sebab memang tak sukakan sayur. tapi mereka cuba jugak. tengoklah akhirnya fukuchan dan kawan-kawannya suka makan sayur. dari situ mereka telah menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu situasi.

No comments:

Post a Comment