Wednesday, December 14, 2011

kenali pasangan anda, khas utk lelaki ja, pompuan nak baca gak boleh.

salam semua... dah lama tak bukalaman sesawang aku nih. dah berkulat-kulat dah blog ni sama macam otak aku yang dah berkulat ni sejak jadi penganggur...

aku tkde sangat topik nak tulis tu yang jarang buka tu, tapi hari ini aku ada satu topik yang aku nak kongsikan dengan kawan2 aku semua, ianya tentang "CAMNE KORANG NAK TAU PASANGAN KORANG PUNYA PERANGAI". ni aku nak kongsikan untuk lelaki je... tapi perempuan leh baca gak kalau nak tau korang punya perangai camne...

okes disini aku nak bagitau sebenarnya perempuan ni ada empat (4) jenis perangai yang patut korang supaya kalau apa-apa jadi nnt dan macam mana situasi nanti korang leh handle. sebenar perempuan ni ada empat jenis perangai mengikut jenisnya sendiri iaitu jenis manusia, jenis keldai, jenis kuda dan jenis kucing. ini bukan rekaan tapi ada cerita disebalik. kisahnya begini... aku selalu dengar ceramah di rdio kedah FM setiap tengahari time aku lunch, ada satu tajuk tu yang menarik dan aku ingat sampai sekarang, kata ustaz tu ntah apa nama aku tak ingat. katanya ketika dizaman nabi nuh a.s kekita baginda mendapat wahyu dari ALLAH S.W.T bagida disuruh membina sebuah bahtera untuk menghadapi banjir besar, jadi baginda telah menanam pokok khas utk membuat bahtera selama 100 tahun, apabila pokok itu sudah besar baginda telah mencari tukang kayu utk membuat bahteranya, ketika berbincang dgn tukang kayu seramai empat org itu mereka telah bersetuju dgn bayaran yg baginda tawarkan, tiba-tiba anak gadis baginda datang utk memanggilnya pulang, dan tidak semena semua tukang kayu tersebut terpaku memandang wajah anak gadis nabi nuh a.s yang cantik itu, dan itulah satu-satunya anak gadis baginda, tiba-tiba tukang kayu menukar perjanjian iaitu jika baginda mengahwinkan anaknya dengan tukang kayu tersebut mereka akan bina bahtera dgn percuma, baginda mula runsing dgn perjanjian itu, hal ini kerana baginda cuma ada seorang ja anak gadis, xkan nak kawenkan dgn keempat empat tykang kayu tu, mana boleh ! jadi baginda memohon dari ALLAH untuk membantunya, maka ALLAH telah menyuruh malaikat menyampaikan berita bahawa masalahnya telah ALLAH selesaikan, bagida di suruh ke ladang ternakannya, maka dengan izin ALLAH keldai, kuda dan kucing peliharaannya menjadi manusia iaitu anak gadis yang cantik, maka berkahwinlah mereka dengan keempat-empat anak gadis itu termasuk anak nabi nuh, nasib la sapa dapat kuda, sapa dapat keldai, sapa dapat kucing dan sapa dapat manusia. hehehe

okes jadi nak tau perangainya camna teruskan membaca

1- jenis manusia
- jenis ni udah memahami, mudah mengikut kata dan senang la kata orang serba-serbp sebab jemis manusia ni tau fikir sikit. so xyah la aku story pnjang-panjang kan,

2- jenis keldai
- ok jenis memang best la korang suruh buat keje apa pon suma dia buat, jenis ni memang kuat buat kerja, tapi setiap kerja yang dia buat mcm terpaksala sambil buat kerja sambil merungut, korang tgk je la keldai kalau angkot barang byk2 pon masih bunyi eookk! eookk! merungut la tu.
-satu lagi jenis keldai ni korang tak leh marah sgt sebabnya bila korang marah dia xkan buat kerja dan xkan kemana-mana, kat mana korang marah kat situ la dia duduk. kalau korang nak pujuk korang kena buat mcm korng pujuk keldai la, kena gosok-gosok, bagi minum air pujuk-pujuk camtu baru dia bangun balik wat keja, so kalau awek atau bini korang majuk camni korang kena buat camni la gosok-gosok sikit, jamu la coklat ka, kfc ka, mc donald ka sure pastu ok balik, kalu camni la caranya korang kena pujuk pompuan sah la dia tu jenis keldai

3. -jenis kuda
- jenis senang sikit korang nak jaga tapi korang kena sentiasa la ada dengan dia, jenis memang rajin buat keja, pantas dan tak banyak merungut, macam kuda gak la, jenis ni suka jalan-jalan waktu petang dan korang kena la bawak jalan-jalan di waktu petang, kalau korang tak temankan dia pegi sorang2 ja cari geng nak nak jalan-jalan petang, kalau korang nampak awek2 naik motor petang2 pusing kampong tu sahjenis kuda,
- jenis kalau merajuk senang je.... korang bawak ja jalan-jalan g mana-mana pon, makan angin ka, shopping ka satg ok la tu tak susah sgt, setakat korang nak marah dia tu dia tak heran sangat... silap2 tendang korang balik la.

4-jenis kucing
- jenis kucing ni yang paling sensitif dan jenis ni jugak la yg paling penyayang, dia suka dibelai, pandai cari makan, cergas ala mcm kucing gak la. tapi korang kena ingat jenis ni memang sangat sensitif. contohnya cuba korang balik rumah je pukol kucing, lepas tu kalau tiap kali nampak korang balik sure kucing tu akan lari mana-mana, tpi kalau tiap kali korang balik bagi makanan kat kucing, tiap-tiap hari kalau korang balik kucing tu siap sambut tunggu korang depan pintu rumah, camtu gak la kalau korang dapat isteri jenis ni, kalau asyik pukol ja lari masuk bilik la, kalau layanan elok tiap kali anda balik dia siap angkot beg barang2 anda lagi,
-jenis kalau merajuk senang ja, kalau kucing merajuk korang bagi ikan sekor dah ok dah, so kalau perempuan jenis ni merajuk jangan lak korang beli ikan sekilo bagi dia, jenis material sikit... bagi la rantai emas ka, gelang ka, cincin ka xpon keta sebijik sure ok punya...

jadi korang tengok-tengok la pasangan korang tu jenis camne heheheh keldai ke, kuda ke, kucing ke orang?

No comments:

Post a Comment