Sunday, October 3, 2010

SaN! TaU!

sebelom aku tidur, aku teringat tentang kawan2 aku yang di santau, dan beberapa orang kawan aku juga menceritakan mereka pernah di santau... Ya ALLAH... kenapa mereka masih hendak bersahabat dengan syaitan walaupun mereka tahu syaitan itu musuh manusia yang nyata?

ramai yang sudah tahu apa itu santau, tapi tahu ke bagaimana ia bertindak dan apakah tanda-tanda orang yang terkena santau? apa yang aku tahu santau ialah rangkaian dari tiga perkara iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus! mengikut sejarah santau bermula di indonesia, malaysia filipina dan negara-negara asia lain termasuk china,Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah sumatra, Indonesia santau ini
biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dlm
sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yg
mempunyai sesuatu bidang2 ilmu yg tinggi seperti ilmu agama etc. para
penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan /
kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi orang2 yg mempunyai ilmu2 kebal / yg
dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan& sukar utk ditandingi oleh orang2
biasa, lazimnya tubuh badan mereka / kekebalan mereka akan kalah dengan
santau. Wallahu alam....

santau ni ada empat jenis iaitu santau tuju, santau angin, santau langkah dan santau makan minum. hmmm ada ramuan-ramuan tertentu untuk buat santau antaranya miang rebung buluh, kaca, tanah kubur, dan benda2 lain yang berbisa. untuk buat santau ni ada pulak manteranya untuk memanggil jin atau setan bagi mengaktifkan barang santau tersebut.

TANDA TERKENA SANTAU: batuk yg berterusan & tak lepas even makan ubat

hospital pun tak baik2 & gejala batuk pada waktu2 tertentu seperti maghrib,
pagi, tengah malam, nak subuh, ada yg 24jam (mcm batuk anjing king3.,
muntah darah, rasa tercucuk2 dlm badan seperti ada jarum (di bahagian dada,
sendi2 badan, peha, & kaki), demam panas, sakit kepala, lenggoh / lemah sendi
&anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut & bila cuba
nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang
hari, gatal2 badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin. Syaitan, iblis),
pelupa, resdong, barah, kayap, lumpuh( yg menyerang buah pinggang), & ada
yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila.lemah tenaga batin, kudis
(biasanya ramuan santau nie didapati dari kepulauan Borneo), penyedih,
penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh
membuat keputusan dengan tepat & hilang keyakinan diri, suka bersendirian
(tidak suka bergaul dgn org ramai), sakit perut & sakit belakang

Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiruan2 (biru kundang) di kuku
tangan & kaki, bibir, kelopak mata & ada yg tahap kritikal menjadikan paru2 &
jantung bermasalah dan berlubang.

Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau
sudah berdada dlm badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat
santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru
masuk maybe tak kurang dari 1/ 2 minggu, kalau sudah sampai ke pinggang
berkemungkinan sudah masuk dlm sebulan / bbrp bulan ,kerana bila bahan
santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dpt dilihat bahan tersebut masih
baru & bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sampai ke tahun etc( kalau yg
dah lama bertapak once bila keluar maybe santau tu sudah menjadi hitam/
lama)….Wallahu alam..

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika
pesakit itu terkena santau biasanya filem X-ray tu part paru2 akan
menjadi gelap & doctor tak dpt mengesan puncanya.

Santau ini bila dah masuk ke dlm tubuh mangsa melalui mulut, seperti yg
diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah
seperti bagaimana masuknya gangguan jin/ syaitan termasuk sihir & menyerap
ke seluruh badan & terus ke otak. & ada kesan santau nie menjadikan anggota
badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap,
mulut menjadi herot, & tangan menjadi merengkot.


hmmm... bahanya santau ni kepada manusia... kebanyakan mereka yang buat santau ni sebab dengki kat orang, sakit hati kat orang... apa yang aku terkejut sampaikan budak umur belasan tahun juga belajar santau untuk memikat pompuan, kebanyakan budak remaja ni guna santau tuju! main jentik je kat budak pompuan terus budak pompuan tu nak ikut balik umah! uh! sungguh durjana mereka itu!

sejak kebelakangan ni banyak aku terdengar kes santau! malah dekat tempat aku sendiri pun mula merebak santau ni dek kerana sakit hati punya pasal! habis dah terer santau sangat apa pasal tak santau je bush ke, tentera2 nazi ke... owh diorang sahabat syaitan gak nak ke syaitan sakiti sahabat dia kan?

aku berharap mereka yang mengamalkan santau ni dapat hidayah dari ALLAH dan kembali ke pangkal jalan. ops sebelom aku terlupa aku ada beberapa petua untuk mengesan santau. ok jika anda oder minuman sejuk, pegang pada bontot cawan dan rasa dengan tapak tangan, kalu rasa panas baik korang blah, kalu oder minuman panas lak, buat benda yang sama, kalu rasa sejuk, baik korang blah gak, satu lagi kalau tiba2 depan rumah anda ada serbuk kaca, panggil la ustaz untuk bersihkan, ingat jangan langkah! wallahualam bissawab...